Gempa bumi sederhana gegar Albania - Utusan Malaysia

Gempa bumi sederhana gegar Albania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIRANA 21 Sept. – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan Durres, kira-kira 40 kilometer (km) dari ibu negara Tirana, hari ini. AFP melaporkan, sekurang-kurangnya dua orang cedera ringan sementara berpuluh rumah dikatakan mengalami kerosakkan di perkampungan Helmes. Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) memberitahu, gegaran itu turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di ibu negara Albania itu. Setakat ini tiada ancaman Tsunami dikeluarkan. -AFP

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN