SINGAPURA 22 Sept. – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton sama sekali tidak menjangkakan Charles Leclerc dari pasukan Ferrari akan meraih petak pertama di negara Republik itu. Litar Jalanan Marina Bay pada awalnya dijangka tidak sesuai dengan kepantasan Scuderia minggu ini namun Leclerc membuktikan sebaliknya dengan menjadi pelumba terpantas menerusi catatan 1 minit 36.217saat. Hamilton yang merupakan juara bertahan dan pendahulu kejuaraan dunia perlu mengatasi Leclerc bagi mengelakkan pelumba muda itu meraih…










