BOSTON 21 Sept. – Facebook menggantung kira-kira 69,000 aplikasi yang menggunakan maklumat peribadi pengguna secara salah dalam laman media sosial itu. Portal RT melaporkan, jumlah itu jauh lebih besar berbanding 400 aplikasi yang pernah disiasat sebelum ini namun Facebook berjanji akan melakukan pengawasan lebih baik pada masa akan datang. Kes yang difailkan di sebuah mahkamah Boston semalam mendedahkan, sebanyak 69,000 aplikasi digantung oleh Facebook kerana berpotensi menggunakan maklumat peribadi pengguna…









