Erra Fazira hadiahkan peminat dengan Menangkah Cinta - Utusan Malaysia

Erra Fazira hadiahkan peminat dengan Menangkah Cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setelah enam tahun menyepi tanpa sebarang lagu baharu, penyanyi kesayangan ramai, Erra Fazira hadir dengan single terbaharu berjudul Menangkah Cinta.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Cek, 45, berkata, kali terakhir dia muncul dengan lagu single adalah pada tahun 2013 menerusi lagu Hanya Kau gandingan duet bersama Datin Seri Paduka Umie Aida.

“Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang menyokong dan mendoakan saya. Penantian selama ini sudah berakhir dan terimalah Menangkah Cinta,” titip Erra menerusi Instagram miliknya semalam.

Menerusi perkongsian yang dilakukan itu, Erra yang terkenal dengan jolokan Primadona Filem Melayu tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi serta pujian akan kelunakan suara dan auranya yang masih ampuh seperti dulu.

Menangkah Cinta mendapat sentuhan daripada penyanyi nasyid dan komposer Hafiz Hamidun serta lirik oleh Iman Imran.

Sejak video lirik lagu tersebut dimuat naik di laman YouTube semalam, ia telah ditonton lebih daripada 15,000 kali tontonan serta mendapat 1.3 juta tanda suka.

Lagu tersebut turut boleh didengari menerusi semua platform muzik digital seperti Joox, Sptify dan iTunes.

Terdahulu, Erra turut tampil menerusi filem bergenre seram dan cemas berjudul Wangi yang telah menemui penonton 5 September lalu dan turut menampilkan gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad, Syazwan Zulkifly serta Nabila Huda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN