KUALA LUMPUR 19 Sept. – Sebanyak lima daerah di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat pukul 3 petang, hari ini. Daerah Sibu mendahului paras bacaan paling tinggi iaitu 267, diikuti daerah Sarikei dengan bacaan 238, Kuching (221); Sri Aman (211) dan Mukah (210). Sementara itu, sebanyak 31 daerah di semenanjung mencatatkan tahap bacaan IPU tidak sihat termasuk dua kawasan di Sarawak. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya