KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bekas juara remaja dunia, Ng Eain Yow muncul pemain lelaki tunggal negara meneruskan cabaran ke separuh akhir kejohanan skuasy Terbuka Malaysia di Arena Nicol David, Bukit Jalil hari ini. Eain Yow, pilihan keempat kejohanan cemerlang menumpaskan pilihan keenam Tayyab Aslam dari Pakistan 11-9, 12-10, 11-2 dalam masa 38 minit di suku akhir. Dia akan bertemu Rui Soares dalam separuh akhir esok selepas pemain tidak ternama…










