KAHERAH 2 Sept. – Duta Rusia ke Mesir mati mengejut di Hospital Kaherah, hari ini. Bagaimanapun, Kedutaan Rusia di Kaherah tidak menjelaskan secara spesifik punca kematian Sergey Kirpichenko itu. Diplomat itu yang bertugas sebagai duta di Mesir sejak 2011 berusia 68 tahun. – AFP










