KUALA LUMPUR – Dua individu warganegara India melecur di bahagian kaki akibat kebakaran di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Taman Miharja, Cheras di sini hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, kedua-dua mangsa merupakan lelaki berusia 20 tahun dan wanita berusia 32 tahun yang dipercayai mempunyai hubungan keluarga. “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 8.11 malam dan seramai 46 anggota beserta enam jentera…









