BENTONG 1 Sept. – Dua orang maut manakala dua lagi cedera akibat dihempap sebatang pokok ketika berkhemah di Air Terjun Lata Hammer di sini malam tadi. Mangsa yang maut ialah Chin Kean Hwa dan Winnie Tan Gaik Kin yang berusia lingkungan 50-an. Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, kejadian kira-kira pukul 10 malam itu berlaku ketika mangsa sedang berkhemah di kawasan air terjun berkenaan bersama 25 individu lain. “Sebatang pokok dengan anggaran tinggi kira-kira 30 meter dan lilitan dua meter tumbang dan menghempap mangsa yang mendirikan khemah di lokasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya