KANGAR 30 Sept. – Pas negeri menyeru seluruh masyarakat agar mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli yang kini masih ditempatkan di unit rawatan koronari (CCU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Ketua Penerangan Pas negeri, Dr. Saifizi Saidon berkata, keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu dilaporkan stabil namun masih diletakkan di bawah pengawasan rapi di CCU hospital berkenaan. Dalam masa sama, Pas negeri juga…










