SHAH ALAM – Polis sedang memburu seorang lelaki yang menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan projek perumahan mampu milik melibatkan kerugian lebih RM1 juta. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd. Majid berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Mohsin Bujang, 64, dan alamat terakhirnya di Kondominium Desa Cahaya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau berkata, semakan lanjut mendapati gelaran Datuk yang digunakan lelaki terbabit…










