SEREMBAN 22 Sept. – Merealisasikan kesemua janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) Pusat dan Tawaran (Manifesto) PH negeri antara lapan resolusi yang diluluskan pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan yang berlangsung hari ini. Kesemua lapan resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh 270 perwakilan selepas ia dibentangkan Setiausaha DAP Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin. Resolusi lain ialah menyeru kerajaan supaya mempercepatkan proses penggubalan dasar baharu dan…









