Dacsee lancar komuniti Fresher Air - Utusan Malaysia

Dacsee lancar komuniti Fresher Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat e-hailing Dacsee melancarkan komuniti “Fresher Air” atau sistem pengudaraan lebih segar dalam kenderaan disediakannya sebagai salah satu cara untuk menyediakan pengalaman terbaik untuk penggunanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Dacsee, Lim Chiew Shan berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan peneraju pengeluar pendingin hawa di Malaysia, Acson bagi melengkapkan kenderaan Dacsee di Lembah Klang dengan penapis udara dalam kenderaan ditawarkan.

Katanya, kerjasama itu bermula pada 25 September lalu.

“Komuniti Dacsee akan dapat melihat paparan logo Acson pada aplikasi telefon pintar di sekitar Lembah Klang sebagai representasi kepada komuniti ‘Fresher Air’ atau kenderaan yang dilengkapi penapis udara berkenaan.

“Apa yang perlu dilakukan oleh komuniti adalah membuat pesanan lazim melalui aplikasi Dacsee dan jika kenderaan dilengkapi penapis udara Acson berhampiran, logo akan dipaparkan sebagai pilihan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pengenalan komuniti terbaharu ini adalah salah satu usaha Dacsee menyediakan komuniti lebih khusus terhadap keperluan penggunanya.

Menurut Chiew Shan, komuniti khusus yang turut diwujudkan untuk pengguna adalah Lady Driver, Friendly Driver, Quiet Driver dan Preferred Driver. 

“Ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak lagi pengkhususan komuniti seiring dengan slogan ‘Pengalaman Ceria Dalam Perjalanan’ yang diyakini dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif ketika melakukan perjalanan terutama di ibu kota,” katanya.

Ujar Chiew Shan, pihaknya berterima kasih kepada Acson yang merealisasikan hasrat ini untuk komuniti udara lebih segar ini dan berharap perjalanan pelanggan akan lebih kondusif dengan sistem pengudaraan lebih baik.

Setakat ini, Dacsee menyediakan 12 kenderaan yang dilengkapi penapis udara Acson dan merancang untuk membuat pertambahan kepada sehingga 50 kenderaan dalam tempoh sebulan.

Aplikasi Dacsee boleh dimuat turun di Apps Store and Google Play. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×