Awal tahun ini, penyanyi Nubhan Ahamad, 33, membuat kemunculan semula dengan melancarkan lagu baharunya, Selamat Jalan Cinta selepas sekian lama mendiamkan diri dek sibuk menguruskan perniagaannya. Biarpun mendapat sambutan baik daripada peminat, sayangnya timbul beberapa masalah yang akhirnya mengakibatkan Nubhan akur menerima kegagalan lagu tersebut. Nubhan bagaimanapun tidak berputus asa, malah bangkit semula menjenamakan dirinya menerusi sebuah karya berbeza yang tidak pernah dinyanyikannya sebelum ini. Bahkan, anak kelahiran Kuala…










