SELURUH rakyat Malaysia kini sengsara akibat jerebu. Asapnya datang dari Indonesia dan yang turut didakwa terlibat dalam pembakaran hutan ialah syarikat-syarikat dari negara ini. Walaupun ada beberapa nama syarikat disebut, namun Awang serah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Syarikat-syarikat tersebut tidak boleh dibiarkan jika benar mereka melakukan pembakaran hutan sehingga mendatangkan bencana kepada alam sekitar. Jerebu adalah satu bencana dan ‘petaka’ yang disebabkan oleh mereka. Awang menyokong penuh ketegasan kerajaan…










