KUNJUNGAN rakan ibu bapanya dari Belanda yang membawa buah tangan keju menjadi punca tercetusnya minat Annisa Iwan, 47, terhadap makanan hasil tenusu itu sewaktu usianya masih kecil. Namun, pada awalnya dia tidak tahu apa-apa tentang keju selain hanya meminati makanan itu kerana rasanya yang enak. Setelah menginjak dewasa, kunjungan Annisa ke Perancis telah menguatkan lagi cintanya terhadap keju. Di sana dia telah mengenali lebih banyak jenis keju. “Saya suka dengan…










