MILAN 29 Sept. – Pengendali Juventus, Maurizio Sarri, mendedahkan dia masih belum menyaksikan aksi Inter Milan musim ini dengan kedua-dua pasukan akan bertemu dalam saingan Serie A, minggu hadapan. Juara bertahan, Juventus naik ke tangga teratas liga selepas menundukkan SPAL 2-0 di Stadium Allianz, semalam sebelum Inter kendalian Antonio Conte itu kembali memintas susulan kemenangan 3-1 ke atas Sampdoria. Juventus akan bertandang ke San Siro, lapan hari lagi tetapi Sarri…










