MELAKA 30 Sept. – Bekalan air ke kawasan yang mengalami gangguan akibat kekurangan sumber air disebabkan paras air di sungai, kolam takungan dan empangan merosot, kini pulih sepenuhnya. Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menerusi kenyataan hari ini memberitahu bagaimanapun terdapat bangunan tinggi serta pangsapuri yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana tekanan air rendah akibat ketiadaan pam air atau pam air tidak diselenggara dengan baik. “Kesabaran dan kerjasama semua pengguna…










