KUALA LUMPUR 1 Sept. – Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menjumpai bayi perempuan yang diletakkan dalam beg kitar semula ketika melakukan rondaan di sebuah kondominium di Taman Melati, Wangsa Maju, kelmarin. Bayi perempuan yang masih hidup itu ditemukan pada pukul 7.20 malam di lorong koridor kondominium bersama sekeping nota bertulis ‘Rahsia August 27, 2019.’ Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, susulan laporan dibuat oleh pengawal keselamatan tersebut, pihaknya kemudian hadir ke lokasi untuk menjalankan siasatan. “Hasil siasatan, kita telah menahan seorang wanita Filipina berusia 33 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya