Ramai daripada pemilik tanah di Kampung Baru menghubungi penulis bertanyakan beberapa perkara tentang cadangan kerajaan untuk memajukan tanah mereka. Rata-rata mereka kurang pasti apa yang akan berlaku. Pemilik kurang pasti mengenai kebaikan dan keburukan pembangunan yang dicadangkan. Antara soalan yang berlegar-legar di dalam minda mereka ialah apabila tanah mereka dilibatkan dengan pembangunan, di mana mereka akan dipindahkan atau apa yang akan terjadi kepada perniagaan yang mereka usahakan sekarang? Mereka turut…








