PUTRAJAYA 20 Sept. – Ijazah yang dikeluarkan institusi pengajian tinggi di Malaysia kini boleh disahkan keasliannya dengan mudah menerusi aplikasi e-skrol yang berasaskan teknologi blockchain. Sesiapa sahaja dari seluruh dunia boleh mengetahui data mengenai graduan universiti di Malaysia termasuklah nama, transkrip penuh semester pengajian, tarikh graduasi dan kelas ijazah yang diperoleh dengan memuat turun aplikasi e-skrol dan mengimbas kod QR. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam ucapannya pada majlis menandatangani…










