KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan digesa mengambil tindakan segera terhadap pihak yang melancarkan kempen boikot barangan bukan Islam. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Dr. Jacob George berkata, tindakan undang-undang perlu bagi meredakan keadaan masyarakat yang sebelum ini ternyata harmoni selama 62 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan. JACOB GEORGE Tindakan yang diambil golongan tertentu ini adalah suara minoriti, sedangkan suara majoriti masih rasional. Ia mempunyai agenda politik…










