SIK 20 Sept. – Jemaah yang hadir untuk menunaikan sembahyang Isyak di sebuah masjid terkejut apabila seorang bilal sukarelanya tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas sahaja selesai melaungkan azan di Masjid Annur, Felda Teloi Timur di sini, semalam. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Ahmad Saad, 68, yang juga seorang peneroka di situ rebah akibat dipercayai mengalami sesak nafas. “Berdasarkan maklum balas diterima, mangsa merupakan seorang yang aktif dan sering menjadi muazin di masjid itu,” katanya dalam satu kenyataan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya