KOTA BHARU 27 Sept. – Pas menggesa pihak polis supaya menubuhkan pasukan khas dan membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dengan segera. Setiuasaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak polis juga perlu menerima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner sebagai keterangan prima facie. Beliau bagaimanapun berkata, Pas yakin polis dengan bantuan semua pihak yang mahukan keadilan ditegakkan terutama melibatkan penjawat awam yang mati…










