KUALA LUMPUR 20 Sept. – Generasi masa kini tidak harus membiarkan nilai kemanusiaan, adat dan budaya terhakis serta terpinggir dalam mengejar kejayaan di era moden masa kini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah perdana menteri berkata, arus kemajuan di era digital dan automasi seharusnya mampu dimanfaatkan dalam membentuk anak bangsa yang lebih berjaya, dan pada masa sama tetap berpegang teguh kepada nilai, adat dan budaya. “Kita sebenarnya membenarkan diri terperangkap…










