KUALA LUMPUR 2 Sept. – Tajuk utama muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-rata bersetuju bahawa isu perkauman di negara ini semakin meruncing. Dalam artikel bertajuk Kebimbangan Raja Melayu itu, Raja-raja Melayu bertitah mengenai kebimbangan mereka terhadap sentimen dan api perkauman yang perlu segera diredakan. Ahmad Syukri Jamaluddin dalam komen di Facebook mengatakan; “Selama 60 tahun Raja-raja Melayu tidak pernah lahir…










