KUALA LUMPUR – Pelakon Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 10.43 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor secara pembedahan. Suami pelakon itu, Faizal Zakaria, 45, memberitahu, walaupun bayi pramatang berkenaan dilahirkan dengan berat 535 gram, Abby dan anugerah kurniaan Ilahi itu berada dalam keadaan sihat. “Alhamdulillah, keadaan Abby dan bayi selamat. “Bagaimanapun, bayi masih dalam pemantauan doktor dan diletakkan di wad NICU (wad penjagaan intenstif untuk bayi)…










