GOPENG 29 Sept. – Tugas sebagai pegawai penguat kuasa yang berhadapan dengan pelbagai cabaran memerlukan mereka sentiasa bersedia selain perlu memiliki ketahanan mental serta fizikal yang cergas. Bagi memperkasakan ciri-ciri tersebut, pihak Jabatan Penguaktuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Kursus Motivasi dan Kecergasan Fizikal Pegawai Penguat kuasa di Earth Camp, Nomad Adventure di sini. Timbalan Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, kursus lima hari bermula semalam memberi fokus…










