BESUT 29 Sept. – Seramai 53 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menamatkan Kursus Pengurusan Ekonomi Rukun Tetangga Zon Timur di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur di sini hari ini. Kursus tiga hari itu bertujuan melahirkan usahawan berdaya maju dalam kalangan Rukun Tetangga (RT) selain mewujudkan kesedaran komuniti dalam aspek ekonomi dan keusahawanan. Penyelaras kursus, Ahmad Nazir Mohamad berkata, sepanjang tempoh tiga hari itu, peserta didedahkan kepada pelbagai pengetahuan…










