ABUJA 28 Sept. – Hampir 500 lelaki dan kanak-kanak diselamatkan dari sebuah bangunan di bandar Kaduna, utara negara ini, lokasi di mana tahanan mendakwa mereka didera secara seksual serta diseksa. Lapor BBC memetik kenyataan polis sebagai berkata, kanak-kanak seusia lima tahun antara yang dirantai di bangunan terbabit, dipercayai merupakan sekolah agama Islam. Ketua Polis Kaduna, Ali Janga memaklumkan, bangunan itu diserbu selepas menerima maklumat tentang aktiviti mencurigakan di premis terbabit.…










