KUALA LUMUR 27 Sept. – Seramai 2,175 warga asing dan 814 warga tempatan ditahan dalam 942 serbuan di pusat hiburan dan rumah urut yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah sekitar ibu kota sepanjang tahun ini. Tangkapan terbabit dilakukan sepanjang 1 Januari hingga 26 September, dengan 4,703 pemeriksaan ke atas individu di pusat hiburan dan rumah urut sekitar Lembah Klang. Polis Kuala Lumpur memandang serius dalam menangani masalah sosial dan membanteras penyalahgunaan…










