PULAU PINANG 3 Sept. – Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kelmarin kerana didapati bekerja di sangkar ikan tanpa permit yang sah. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di sebuah sangkar ikan pada jarak kira-kira 0.5 kilometer dari Timur Pulau Jerejak, di sini kira-kira pukul 10 pagi. Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki warga Thailand…










