KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low amat rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri itu selepas beliau mengenali anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz. Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata, Jho Low mulai rapat dengan keluarga Najib sejak beliau mengenali Riza…










