15 militan dibunuh di utara Sinai, Mesir - Utusan Malaysia

15 militan dibunuh di utara Sinai, Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH 29 Sept. – Pasukan keselamatan Mesir membunuh 15 suspek militan di utara Sinai, hari ini. Menurut Kementerian Dalam Negerinya, kumpulan militan tersebut ‘merancang tindakan menyasarkan pasukan tentera dan polis bagi menggugat kestabilan keselamatan negara’. Tiada nama spesifik kumpulan militan terlibat namun dikatakan ‘elemen pengganas’ yang bersembunyi di ladang di El-Arish. Ketika pasukan keselamatan tiba, ‘militan telah menembak ke arah mereka dan akhirnya 15 militan dibunuh. – AFP

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN