SEPANG – Polis telah memanggil seramai 12 orang pekerja Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan sistem yang dialami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, empat orang daripada jumlah individu yang hadir memberi keterangan merupakan pekerja dari bahagian teknologi maklumat syarikat itu. “Kesemua yang dipanggil terdiri daripada pelbagai bahagian di MAHB. Bagaimanapun,…










