LUMUT 28 Sept. – Sebanyak 11 blok pangsapuri Rumah Keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM di sini telah dinaik taraf dan dibaikpulih dengan kos anggaran bernilai hampir RM110 juta. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, projek pembaikan menyeluruh itu bermula secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu, dengan jangkaan dua blok pangsapuri dinaik taraf setiap tahun. Katanya kerja-kerja pembaikan bagi kediaman anggota…










