Yew Yin selesai beri keterangan - Utusan Malaysia

Yew Yin selesai beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pengasas Gamuda Bhd., Khoo Yew Yin hadir di Balai Polis Jelapang di sini semalam berhubung kenyataannya terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina.

Beliau tiba di pekara­ngan balai polis berkenaan dengan menaiki kenderaan jenis BMW yang dipandu seorang wanita pada pukul 2.55 petang dan keluar kira-kira 5.30 petang.

Wanita itu ketika ditemui pemberita selepas menurunkan Yew Yin di pintu masuk balai enggan memberi kenyataan, sebaliknya hanya me­ngucapkan terima kasih kepada lebih 10 pengamal media yang menunggu kehadiran mereka sejak pukul 2.30 petang.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×