KUALA LUMPUR 30 Ogos – Gara-gara mahu mengelak daripada dicekup, seorang lelaki Bangladesh nekad bersembunyi di lubang lif tingkat sembilan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Kampung Bukit Lanjan, Sungai Penchala di sini semalam. Namun, pasukan penguatkuasa Jabatan Imigresen sudah dapat menghidu tempat persembunyiannya sebelum berjaya memberkas lelaki itu bersama 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) lain dalam operasi pukul 10 pagi semalam. Op Bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Lembaga Pembangunan Industri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya