KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kementerian Pendidikan meminta semua universiti awam di negara ini mengemukakan pelan keselamatan kebakaran bangunan bagi meningkatkan kelengkapan aspek itu di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, langkah itu dilaksanakan bagi meningkatkan aspek keselamatan sekali gus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku termasuk bencana kebakaran. Menurut beliau, aspek keselamatan kebakaran perlu ditambah baik bagi memastikan memenuhi spesifikasi terkini dipenuhi terutama di…










