PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamed membayangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi ahli Kabinet dalam perubahan kecil portfolio jemaah menteri kerana tiada kekosongan buat masa ini. Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita yang bertanyakan sama ada beliau akan membawa masuk Anwar ke Kabinet. “Kami tidak bincang perubahan atau pertambahan ahli Kabinet, malah tiada juga perbincangan mengenai pertukaran portfolio ahli Kabinet,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis…










