SYDNEY 30 Ogos – Terumbu karang Great Barrier dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik ekoran perubahan iklim dunia, aktiviti perikanan yang tidak terkawal serta pembersihan tanah. Lapor Reuters, kesihatan sistem terumbu karang terbesar di dunia itu semakin lemah sejak penilaian terakhirnya pada 2014. “Laporan ini memberikan fakta bahawa prospek Terumbu Karang Great Barrier untuk jangka masa panjang adalah sangat lemah selepas sebahagian besarnya didorong oleh faktor perubahan iklim,” kata Ketua…










