KEMAMAN 28 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu malam tadi membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin yang mendakwa Skuad Sabil adalah ‘Pak Guard dari Bangladesh’ yang dianggap amat rasis dan biadap. Laporan itu dibuat di Balai Polis Chukai pada pukul 8.15 malam dan lima minit kemudian oleh Pengerusi Skuad Sabil Pemuda negeri, Mohd. Fadini Rahim dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Hashim Ali. Menurut Mohd. Fadini, Skuad Sabil adalah satu inisiatif dilakukan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang ditubuhkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya