Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan 64 warga asing untuk memasuki negara ini secara haram melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada Rabu.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 57 lelaki dewasa warga Bangladesh, lima lelaki dewasa warga India dan dua lelaki dewasa warga Pakistan.
Kejayaan hasil pemeriksaan rambang ke atas 330 warga asing dari pelbagai negara yang tiba di KLIA.
Menurut kenyataan AKPS, antara taktik digunakan mereka termasuk penggunaan dokumen palsu seperti tempahan hotel yang tidak sah dan tiket penerbangan pulang yang tidak wujud atau direka. Itu yang berjaya dikesan.
Pada Februari lalu, AKPS turut menggagalkan cubaan 88 warga asing terdiri daripada warga Pakistan dan Bangladesh memasuki negara ini secara haram di KLIA. Ia hasil pemeriksaan 110 warga asing dari pelbagai negara. Setinggi penghargaan dan tahniah kepada AKPS di atas kejayaan-kejayaan tersebut.
Sebelum ini, kita dikejutkan berita pembongkaran kartel membabitkan penyeludupan warga asing di KLIA melibatkan bekas pegawai Jabatan Imigresen bergelar Datuk.
Media juga pernah melaporkan, seramai 136 pegawai imigresen didapati terlibat jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia. Perlakuan amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius.
Dengan unjuran pertumbuhan ekonomi sekitar lima peratus tahun ini, kemakmuran Malaysia akan terus menggamit warga asing dari pelbagai negara untuk merebut pelbagai peluang pekerjaan yang ada.
Dianggarkan terdapat lebih dua juta warga asing yang bekerja di negara ini. Dan permintaan pelbagai sektor ekonomi terutama pembinaan dan perladangan bakal menyaksikan pertambahan jumlah warga asing.
Kedatangan mereka secara sah tidak menjadi masalah. Yang membimbangkan ialah masuk secara haram menggunakan pelbagai modus operandi. Kita bimbang kemasukan haram mereka didalangi oleh kartel dan orang kita sendiri. Ini sama sekali tidak boleh dikompromi, mesti dibanteras habis-habisan.
Kebanjiran warga asing boleh memberi pelbagai implikasi terutama sosial dan keselamatan. Turut terjejas peluang ekonomi dan pekerjaan rakyat tempatan.
Justeru, kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk negara mesti diperketat. Bukan sahaja di KLIA tetapi juga di setiap pintu masuk di seluruh negara. Penggunaan sistem pengecaman wajah dan biometrik di pintu masuk perlu dilaksana dan diperluas.
Pemeriksaan juga perlu ke atas pegawai-pegawai agensi di sempadan. Kita tidak mahu insiden kartel mendalangi penyeludupan dan pegawai di pintu masuk terlibat rasuah serta salah laku, membolehkan warga asing bolos.
Malaysia bakal menganjurkan banyak acara besar seperti Sidang Kemuncak ASEAN, LIMA dan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan kedatangan lebih 35 juta pelawat. Ia boleh menyebabkan kesesakan di pintu masuk terutama KLIA. Namun, kesesakan tidak boleh dijadikan alasan pemeriksaan keselamatan ke atas pelawat yang tiba dilonggarkan.
Keselamatan negara mesti jadi keutamaan. Jangan nanti akibat sikap toleransi yang tidak bertempat, negara dan rakyat terima akibat. – UTUSAN
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Perketat penguatkuasaan di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan 64 warga asing untuk memasuki negara ini secara haram melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada Rabu.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 57 lelaki dewasa warga Bangladesh, lima lelaki dewasa warga India dan dua lelaki dewasa warga Pakistan.
Kejayaan hasil pemeriksaan rambang ke atas 330 warga asing dari pelbagai negara yang tiba di KLIA.
Menurut kenyataan AKPS, antara taktik digunakan mereka termasuk penggunaan dokumen palsu seperti tempahan hotel yang tidak sah dan tiket penerbangan pulang yang tidak wujud atau direka. Itu yang berjaya dikesan.
Pada Februari lalu, AKPS turut menggagalkan cubaan 88 warga asing terdiri daripada warga Pakistan dan Bangladesh memasuki negara ini secara haram di KLIA. Ia hasil pemeriksaan 110 warga asing dari pelbagai negara. Setinggi penghargaan dan tahniah kepada AKPS di atas kejayaan-kejayaan tersebut.
Sebelum ini, kita dikejutkan berita pembongkaran kartel membabitkan penyeludupan warga asing di KLIA melibatkan bekas pegawai Jabatan Imigresen bergelar Datuk.
Media juga pernah melaporkan, seramai 136 pegawai imigresen didapati terlibat jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia. Perlakuan amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius.
Dengan unjuran pertumbuhan ekonomi sekitar lima peratus tahun ini, kemakmuran Malaysia akan terus menggamit warga asing dari pelbagai negara untuk merebut pelbagai peluang pekerjaan yang ada.
Dianggarkan terdapat lebih dua juta warga asing yang bekerja di negara ini. Dan permintaan pelbagai sektor ekonomi terutama pembinaan dan perladangan bakal menyaksikan pertambahan jumlah warga asing.
Kedatangan mereka secara sah tidak menjadi masalah. Yang membimbangkan ialah masuk secara haram menggunakan pelbagai modus operandi. Kita bimbang kemasukan haram mereka didalangi oleh kartel dan orang kita sendiri. Ini sama sekali tidak boleh dikompromi, mesti dibanteras habis-habisan.
Kebanjiran warga asing boleh memberi pelbagai implikasi terutama sosial dan keselamatan. Turut terjejas peluang ekonomi dan pekerjaan rakyat tempatan.
Justeru, kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk negara mesti diperketat. Bukan sahaja di KLIA tetapi juga di setiap pintu masuk di seluruh negara. Penggunaan sistem pengecaman wajah dan biometrik di pintu masuk perlu dilaksana dan diperluas.
Pemeriksaan juga perlu ke atas pegawai-pegawai agensi di sempadan. Kita tidak mahu insiden kartel mendalangi penyeludupan dan pegawai di pintu masuk terlibat rasuah serta salah laku, membolehkan warga asing bolos.
Malaysia bakal menganjurkan banyak acara besar seperti Sidang Kemuncak ASEAN, LIMA dan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan kedatangan lebih 35 juta pelawat. Ia boleh menyebabkan kesesakan di pintu masuk terutama KLIA. Namun, kesesakan tidak boleh dijadikan alasan pemeriksaan keselamatan ke atas pelawat yang tiba dilonggarkan.
Keselamatan negara mesti jadi keutamaan. Jangan nanti akibat sikap toleransi yang tidak bertempat, negara dan rakyat terima akibat. – UTUSAN
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved