PUTRAJAYA – Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada tahun ini menjadi lebih signifikan ketika benteng pertahanan negara itu disinggung. Seramai 3,919 pegawai dan anggota ATM serta 126 aset pertahanan terlibat dalam acara kemuncak Hari Kemerdekaan ke-62 pada 31 Ogos ini. Panglima 12 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Marzuki Mokhtar berkata, selain menyemarakkan sambutan kemerdekaan ke-62, keberadaan kontinjen ATM pada acara itu akan membolehkan rakyat melihat dan menilai kesiapsiagaan pasukan tersebut dalam mempertahankan negara. Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya