PUTRAJAYA – Tatkala meraikan Hari Kebangsaan ke-62, Tun Dr. Mahathir Mohamad amat berharap rakyat tidak kira agama, bangsa dan budaya mendalami diri masing-masing serta mencari semangat setiakawan dan kenegaraan yang membantu Malaysia mencapai kemerdekaan dan membangunkannya sehingga menjadi negara berjaya. Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2019 yang disambut esok, Perdana Menteri berkata, Malaysia dibina atas nilai tolak-ansur, ketinggian budi, hormat menghormati, kesediaan memberi dan berkongsi, tidak mementingkan diri dan berkemahuan untuk berkorban demi kepentingan negara. Tanpa nilai-nilai itu, Malaysia tidak akan membesar menjadi negara maju yang berkeupayaan memberi rakyatnya keselesaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya