PUTRAJAYA 31 Ogos – Usaha sebuah keluarga untuk memakai pakaian bercorak bendera Jalur Gemilang merupakan satu pendekatan untuk memupuk semangat patriotik dan sikap cintakan negara tercinta. Menurut tukang jahit, Ariani Pariaman, 47, semua empat anak-anak serta dua anak saudara mengenakan pakaian tersebut yang dijahitnya sejak awal bulan ini. Katanya, beliau sanggup menghabiskan wang RM400 untuk menyiapkan pakaian itu dengan menggunakan kain sebanyak 50 meter. “Ini bukan kali pertama mereka pakai baju seumpama ini semasa sambutan Hari Kebangsaan tetapi ini sudah masuk tahun kelima. Tiga kali kami menyambut di Dataran Merdeka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya