MILAN 29 Ogos – Biarpun kehadirannya di Manchester United kurang disenangi, namun Alexis Sanchez menerima sambutan wira sebaik sahaja tiba di Inter Milan selepas menyertai gergasi bola sepak Itali itu secara pinjaman. Sanchez, 30, yang hanya menjaringkan lima gol sepanjang 18 bulan yang mengecewakan di Old Trafford tiba di Milan hari ini dan dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menandatangani perjanjian. United bagaimanapun masih perlu membayar 300,000 pound (RM1.54 juta) daripada…










