PUTRAJAYA – Tahun ini, Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal Floria Putrajaya (RFP) beralih ke lokasi baharu selain diserikan dengan penampilan Taman Diraja Pahang, Royal Garden Showcase sebagai daya tarikan utama festival. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, RFP edisi ke-11 itu akan diadakan di Taman Botani, Presint 1 pada 31 Ogos hingga 8 September berbanding kebiasaannya di Anjung Floria, Presint 4, dengan mengetengahkan orkid dan bonsai…










