Reds pamer aksi meyakinkan - Utusan Malaysia

Reds pamer aksi meyakinkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Ogos – Jurgen Klopp gembira dengan persembahan yang ditunjukkan Liverpool dalam Perisai Komuniti malam tadi, biarpun pasukannya terlepas trofi kepada Manchester City menerusi penentuan sepakan penalti.

Reds tumpas menerusi sepakan penalti 4-5 dalam aksi di Stadium Wembley selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Raheem Sterling meletakkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, City di depan menerusi percubaan jarak dekat pada minit ke-12, namun Joel Matip menyamakan kedudukan 13 minit sebelum tamat perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad bimbingan Klopp lebih banyak menguasai permainan, terutama pada babak kedua, malah memperoleh tiga peluang terbaik untuk meledak gol kemenangan, termasuk menerusi tandukan Mohamad Salah di waktu kecederaan.

Ketika ditanya tentang prestasi pasukannya, Klopp berkata, Liverpool jelas sudah bersedia untuk menghadapi musim baharu.

“Saya amat gembira dengan persembahan keseluruhan pasukan. Seperti yang saya katakan sebelum perlawanan, kalau anda nak bersaing dengan Manchester City, anda kena mulakan dari awal.

“Anda boleh lihat apa yang boleh mereka lakukan, malah kami agak bergelut di awal babak pertama sebelum mendapat rentak permainan dan bermain lebih baik.

“Bagaimanapun, melihat jumlah peluang dan percubaan yang dilakukan hari ini, ia jelas memberi petanda positif.

“Sudah tentu saya tidak suka dengan keputusan perlawanan tetapi apa yang penting adalah melihat bagaimana kami bermain,” kata Klopp.

Liverpool akan memulakan kempen musim baharu Liga Perdana dengan menentang Norwich City di Anfield pada Jumaat ini (3 pagi Sabtu waktu Malaysia) manakala City bertandang ke West Ham keesokan hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini