KUALA LUMPUR 29 Ogos – Indeks Harga Pengeluar (PPI) bagi pengeluaran tempatan merosot 2.2 peratus pada Julai 2019 berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Beliau berkata indeks perlombongan mencatatkan penyusutan tertinggi pada 9.9 peratus diikuti indeks pertanian. indeks perhutanan dan perikanan (-6.5 peratus), indeks bekalan air (-2.8 peratus), dan indeks pembuatan (-0.9 peratus). “Bagaimanapun, indeks bekalan elektrik dan gas meningkat…










